Thursday, September 3, 2009

Salam Merdeka...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Terdengar2 laungan itu bergema....


Terasa betapa bangganya menjadi seorang warga Malaysia yang Merdeka...bersyukurlah kepada yang Esa kerana kita masih diberi peluang untuk terus mngecapi nikmat hidup sebagai seorang insan dan bangsa Malaysia yang Merdeka di bumi yang indah dan permai ini...alhamdulillah....
Masih belum terlewat rasanya untuk saya merakamkan ucapan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negaraka kita yang ke 52 tahun ini...
maaflah kerana saya agak ketinggalan. Sebenarnya disepanjang saya menghasilkan blog yang tak seberapa ini secara tak sedar laptop saya telah dijangkiti virus....mujur bukan H1N1...hehe

Maka terpaksalah saya serahkan laptop saya kepada technicion untuk dibaiki...seksa juga bila bekerja tanpa laptop ni...segala maklumat saya tersimpan disini...

Sebenarnya banyak yang ingin saya perkatakan tentang hari Merdeka ni...kita semua patut tahu semua yang berkaitan dengan sejarah dan bagaimana perjuangan untuk mendapatkan Kemerdekaan berlaku...Sebagai warga Malaysia dan sebagai bangsa 1 Malaysia rugi kalau kita tak tahu tentang semua itu.

Untuk Menambah ilmu kita semua dan juga untuk info yang lebih terperinci dan tepat berkaitan Kemerdekaan dan Sejarah negara cubalah lawati website dibawah ini...semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya...

Bersamalah kita merealisasikan hasrat 1 Malaysia



Salam Merdeka untuk semua....

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Sedikit info untuk penghayatan Ramadhan..




MARHABAN berasal dari kata 'rahb' yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan dada yang lapang, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan dada yang lapang, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad). Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t. Perjalanan menuju Allah s.w.t. itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya terang-benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuan, tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.



Selamat Berpuasa dan selamat bercuti kepada semua....

Tuesday, August 18, 2009

Tokoh Nilam

Agak lama juga rasanya saya tak update blog ini. oleh kerana kesibukan yang tak terlayan...sehinggalah hari ini baru saya berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang perkembangan yang berlaku di PSS SK Taman Panglima.

Pada 5 hb Ogos yang lalu, satu bengkel Pemilihan Tokoh Nilam telah diadakan di PKG Taiping. Setiap sekolah di Zon Taiping di kehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang murid sebagai calon untuk pemilihan tersebut. Sebagai memenuhi arahan itu saya telah memilih seorang murid dari tahun 5 iaitu adik Hazlin Syamimi bt Md Razali. Pemilihan beliau berdasarkan beberapa kriteria yang dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki sebagai seorang Tokoh. Beliau dipilih bukan sahaja kerana berjaya membaca buku dengan jumlah yang agak bayak malahan karektor dan sahsiah juga dipertimbangkan. Rasa rasa pemilihan saya tidak salah.

Setelah beberapa minggu melatih dan membiasakan beliau bercakap dikhalayak dan menjawab soalan walaupun agak kelam kabut saya yakin beliau telah bersedia untuk diuji.



ini adalah gambar2 sekitar bengkel tersebut



Hazlin menjawab soalan dari hakim 4 - pemilihan Tokoh Nilam



Semoga Hazlin berjaya untuk ke peringkat yang seterusnya.

P/S Terima kasih kepada Cikgu Lee dari SJK(c)Hua Lian 2 atas ikhsan gambar2 ini.

Tuesday, July 28, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Panglima telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Sebelum dibuka sekolah ini telah diurus selia oleh seorang Caretaker, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah serta seorang Pekerja Rendah Awam.

Sekolah ini menerima staf guru pertamanya pada 16 Januari 2002. Pada peringkat ini 13 orang guru telah melaporkan diri termasuk 3 orang guru kanan. Sekolah ini hanya menerima kehadiran murid secara rasmi pada 1 Februari 2002. Kumpulan pertama murid ini terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 5 yang sebelum ini bersekolah di SK Asam Kumbang, SK Kamunting, SK Air Putih dan SK Long Jaafar . Aliran pertambahan staf dan murid sekolah ini terus meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah kini.

Sekolah ini menerima kehadiran Guru Besar pertamanya iaitu Puan Hajah Samsiah binti Haji Sarip pada 16 September 2002. Beliau menjawat jawatan tersebut di sekolah ini sehingga 30 September 2003 sebelum diambil alih Puan Hajah Halijah bt Meor Abdul Jalil pada 16 Disember 2003. Puan Hajah Halijah telah bersara pada 7 Julai 2007 setelah hampir empat tahun berkhidmat untuk membawa perubahan dan kejayaan kepada pencapaian sekolah. Kini sekolah diterajui oleh Tuan Haji Ismail bin Yusoff yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 2007.

Tahun 2005 juga merupakan tahun perintis penubuhan kelas Pra Sekolah Kebangsaan Taman Panglima. Dengan seorang guru terlatih opsyen Pra Sekolah serta seorang pembantu, kelas ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005.

Sekolah Kebangsaan Taman Panglima juga didokong penuh oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ditubuhkan pada tahun 2002. Persatuan ini telah banyak membantu merealisasikan misi dan visi sekolah.

Kumpulan pertama murid sekolah ini yang menduduki peperiksaan UPSR ialah pada tahun 2003 dengan calon seramai 94 orang. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini turut meningkat berdasarkan kepada pertambahan bilangan muridnya setiap tahun. Indeks pencapaian keseluruhan UPSR juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Sekolah ini telah melalui perubahan demi perubahan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran juga pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulumnya. Semoga sekolah ini akan terus berjaya mencapai matlamatnya menjadi sekolah cemerlang pada suatu masa nanti.

Pss SKTP





SELAMAT DATANG DAN SEJAHTERA SEMUA....