Sekolah Kebangsaan Taman Panglima telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002. Sebelum dibuka sekolah ini telah diurus selia oleh seorang Caretaker, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah serta seorang Pekerja Rendah Awam.
Sekolah ini menerima staf guru pertamanya pada 16 Januari 2002. Pada peringkat ini 13 orang guru telah melaporkan diri termasuk 3 orang guru kanan. Sekolah ini hanya menerima kehadiran murid secara rasmi pada 1 Februari 2002. Kumpulan pertama murid ini terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 5 yang sebelum ini bersekolah di SK Asam Kumbang, SK Kamunting, SK Air Putih dan SK Long Jaafar . Aliran pertambahan staf dan murid sekolah ini terus meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah kini.
Sekolah ini menerima kehadiran Guru Besar pertamanya iaitu Puan Hajah Samsiah binti Haji Sarip pada 16 September 2002. Beliau menjawat jawatan tersebut di sekolah ini sehingga 30 September 2003 sebelum diambil alih Puan Hajah Halijah bt Meor Abdul Jalil pada 16 Disember 2003. Puan Hajah Halijah telah bersara pada 7 Julai 2007 setelah hampir empat tahun berkhidmat untuk membawa perubahan dan kejayaan kepada pencapaian sekolah. Kini sekolah diterajui oleh Tuan Haji Ismail bin Yusoff yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 2007.
Tahun 2005 juga merupakan tahun perintis penubuhan kelas Pra Sekolah Kebangsaan Taman Panglima. Dengan seorang guru terlatih opsyen Pra Sekolah serta seorang pembantu, kelas ini mula beroperasi pada 3 Januari 2005.
Sekolah Kebangsaan Taman Panglima juga didokong penuh oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ditubuhkan pada tahun 2002. Persatuan ini telah banyak membantu merealisasikan misi dan visi sekolah.
Kumpulan pertama murid sekolah ini yang menduduki peperiksaan UPSR ialah pada tahun 2003 dengan calon seramai 94 orang. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini turut meningkat berdasarkan kepada pertambahan bilangan muridnya setiap tahun. Indeks pencapaian keseluruhan UPSR juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Sekolah ini telah melalui perubahan demi perubahan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran juga pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulumnya. Semoga sekolah ini akan terus berjaya mencapai matlamatnya menjadi sekolah cemerlang pada suatu masa nanti.
Tuesday, July 28, 2009
SEJARAH SEKOLAH
Posted by Siti Zuraida at 9:22 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
