Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Sedikit info untuk penghayatan Ramadhan..




MARHABAN berasal dari kata 'rahb' yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan dada yang lapang, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan dada yang lapang, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda: "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad). Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t. Perjalanan menuju Allah s.w.t. itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya terang-benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuan, tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.



Selamat Berpuasa dan selamat bercuti kepada semua....

Tuesday, August 18, 2009

Tokoh Nilam

Agak lama juga rasanya saya tak update blog ini. oleh kerana kesibukan yang tak terlayan...sehinggalah hari ini baru saya berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang perkembangan yang berlaku di PSS SK Taman Panglima.

Pada 5 hb Ogos yang lalu, satu bengkel Pemilihan Tokoh Nilam telah diadakan di PKG Taiping. Setiap sekolah di Zon Taiping di kehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang murid sebagai calon untuk pemilihan tersebut. Sebagai memenuhi arahan itu saya telah memilih seorang murid dari tahun 5 iaitu adik Hazlin Syamimi bt Md Razali. Pemilihan beliau berdasarkan beberapa kriteria yang dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki sebagai seorang Tokoh. Beliau dipilih bukan sahaja kerana berjaya membaca buku dengan jumlah yang agak bayak malahan karektor dan sahsiah juga dipertimbangkan. Rasa rasa pemilihan saya tidak salah.

Setelah beberapa minggu melatih dan membiasakan beliau bercakap dikhalayak dan menjawab soalan walaupun agak kelam kabut saya yakin beliau telah bersedia untuk diuji.



ini adalah gambar2 sekitar bengkel tersebut



Hazlin menjawab soalan dari hakim 4 - pemilihan Tokoh Nilam



Semoga Hazlin berjaya untuk ke peringkat yang seterusnya.

P/S Terima kasih kepada Cikgu Lee dari SJK(c)Hua Lian 2 atas ikhsan gambar2 ini.